‘Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja. Senda gurau suka duka sering berganti meninggalkan kesan abadi..’
Tersenyum aku mendengar lagu dari cite Ali Setan ni. Aku membayang kembali cerita itu yang dibarisi oleh pelakon berbakat seperti Ogy, Azmil Mustafa, Ebby Saiful, Sheila Majid dan sebagainya. Yeah..most of the setting dibuat kat USM, sebuah pusat pengajian tinggi. Hehe..kehidupan remaja, macam yang aku sedang lalui sekarang ni.
Cerita tu berkaitan banyak tentang hubungan sesame manusia; cinta, kasih sayang. Buat aku, memang best lah cite tu. Aku dah terdedah dengan cite tu sedari kecil dan sampailah aku menginjak usia remaja ni. Remaja lagi ke aku ni? Thihi!! Yeah..aku adalah pengadil tak berbayar atas apa yang aku tontoni. Aku perasan bahawa cara aku mengadili cerite tu tak sama; dulu dan kini. Yap! Mungkin kini, cara mengadil banyak dipengaruhi logic dan perasaan seorang remaja. Apa boleh aku katakan, cite tu banyak mengingatkan aku tentang hati dan perasaan ramaja yang punya banyak perasaan utk berkasih sayang, berteman dan bersemangat tinggi utk melakukan apa saja demi cita-cita. Tak lupa jua ttg nilai keperluan nafsu yang jika tidak dibenteng kuat akan meranapkan segala. Ada gak nilai enjoy sakan, berhibur bersama teman dan sebagainya, Ahh! Sebagaimana yang aku pernah lalui dan mungkin belum tamat seperti yang Asmida dan Ali lalui. Pengakhirannya, mereka menjadi sepasang kekasih yang sejati..hehe!
Remaja, tahap goyah yang terus-terusan diuji. Satu tahap di mana insan mencari identity diri. Andai tak terpantau dengan laras yang betul, maka kendiri remaja yang terbentuk lebih dikuasa norma yang goyah dan bakal meranap masa depan. Namunnya, petunjuk Allah itu sentiasa ada buat mereka yang mencari. Itulah pentingnya juga sahabat dan masyarakat. Apa ya kaitannya antara petunjuk dan masyarakat?
Allah mencipta manusia sebagai satu UMMAH yang dipandu dengan ilmu kehidupan nan sebenar. Ikut saja apa yang telah diberi, maka kita takkan sesat. Masalahnya, hidup jua didominasi nafs.Yeah..selalunya manusia kalah dengan nafs. Seperti yang aku katakan tadi, itulah pentingnya masyarakat yang ditugaskan ‘menjaga tepi kain orang lain’ in fact pendapatku, Islam tak menolak konsep itu. Jika kita semua mementingkan diri sendiri, maka sudi kah nak melihat sahabat Melayu-Islam kita khasnya terjebak dengan litar kehidupan tanpa pedoman? Tergamakkah melihat mereka terjerumus dengan kancah yang tiada penyudahan?
Surah ‘Masa’ mengingatkan erti kasih sayang, berpesan-pesanan dan kesabaran yang mutlak buat digunapakai buat tiap makhluk Tuhan. Hatta ayam sekalipun berkokok di pagi hari demi mengingatkan manusia ttg kehadiran fajar saddiq, membantu insan bangkit utk bertemu al Khaliq. Manusia?? Kita telah banyak dibunuh nafs dan terlalu mementingkan diri. Rela mungkin melihat sahabat dan keluarga terjerumus dengan dosa, Allahu Akbar!!
Apa yang ingin aku tebar dan kongsikan adalah tentang konsep ukhuwwah dan kasih sayang dalam Islam. Namun, aku pinta berundur dahulu. Lain kali akan aku sambungkan, InsyaAllah, jumpa lagi. Yang baik itu dari Allah..
No comments:
Post a Comment